Dah lama tak update ....sibuk sangat bulan Dec lalu dan Jan 2009 pula banyak perkara berlaku.
Projek pertama : "Bridal Bouquet" - harga bermula dari RM50 dan mengikut budget klien dan juga pilihan bunga serta warna. Pilihan terbuka dari jenis/jenama serta bunga dan juga jenis riben.
Projek kedua: "Bridal Arch" - iaitu pintu gerbang, harga bermula dari rm200/300 mengikut keperluan serta budget klien. Design yang dipaparkan adalah merupakan design klasik menggunakan banyak bunga ros (pink), gerbera, orchid, asparagus ferns, caspia, netting dan riben pink dan dihiaskan dengan loceng kerana ini untuk majlis pengantin bangsa Cina.
Penghantaran : percuma kawasan KL dan PJ untuk tempahan melebihi RM100/=
bagi luar kawasan boleh dirundingkan.